ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan tidak menyatakan permohonan maaf kepada etnik keturunan Bugis di Malaysia mahupun di Indonesia, sebaliknya mendakwa memang ada masyarakat itu 'berketurunan lanun'.
"Saya tidak hina orang Bugis tetap memang ada di antara mereka keturunan lanun," kata beliau semasa berucap di perhimpunan rakyat anjuran Pakatan Harapan di Alor Setar malam tadi.
'' Saya tak kata semua orang keturunan Bugis lanun, ada yang baik... tetapi ada yang jadi penyagak juga, " kata Dr. Mahathir.
Sementara itu, Dr. Mahathir menyifatkan tunjuk perasaan masyarakat Bugis di pejabatnya sebagai perbuatan 'bodoh' kerana pada hari itu pejabatnya Yayasan Kepimpinan Perdana tutup cuti Deepavali.
Dr. Mahathir yang juga Perngerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa berucap di perhimpunan rakyat di Petaling Jaya 14 Oktober lalu mendakwa keturunan Bugis adalah lanun, merujuk kepada Perdana Menteri yang juga keturunan Bugis.
Penghinaan Dr. Mahathir itu menyebabkan persatuan Bugis di Johor dan Selangor membantah dan membuat laporan polis kerana ia menyinggung perasaan mereka yang menjadi warga negara ini dan menyokong raja-raja Melayu dan kerajaan.
Dalam perkembangan terbaharu Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengakui secara peribadi tersinggung dengan kenyataan Dr. Mahathir itu.
Jusuf adalah keturunan Bugis Makasar menyadang jawatan Naib Presiden Indonesia dua kali iaitu semasa di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan kini di bawah Presiden Joko Widodo.
Perkara itu disuarakan oleh Jusuf kepada kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika kedua-dua pemimpin yang mengetuai delegasi negara masing-masing dalam Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di Istanbul Turki semalam.
Istilah lanun Bugis digelar oleh penjajah Belanda terhadap pahlawan Bugis yang mempertahankan tanah air mereka. - Kedahnews.com