Sejarah Pembinaan Menara Alor Setar Sebagai Mercu Tanda


Pada tahun 1994 telah tercipta satu sejarah bagi negara kita, Malaysia terutama sekali negeri Kedah Darul Aman dimana telah berlangsung upacara peletakan batu asas Menara Alor Setar, yang terletak di persimpangan Lebuhraya Darul Aman, Kedah.

Upacara bersejarah tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri pada ketika itu, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun M).

Pembinaan Menara yang bernilai RM40 juta ini berunsurkan kepada seni bina tempatan dan moden. 

Perasmian pembukaan menara ini telah disempurnakan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) pada 14 Ogos 1997.

Untuk Pengetahuan, struktur binaannya berasaskan ciri-ciri tradisional rumpun padi yang mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter dan merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia serta ke-19 di dunia. 

Menara yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar raya Alor Setar ini bukan sahaja berfungsi sebagai menara telekomunikasi bagi kawasan utara tetapi juga sebagai pilihan pusat pelancongan utama di negeri Kedah. 

Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Upacara peletakan batu asas menara Alor Setar yang berlangsung pada pada 18 Ogos 1994 ini menandakan pembangunan pesat di negeri Kedah. 

Selain itu juga usaha pembinaan Menara pemancar ini juga dilihat sebagai inisiatif kerajaan dalam meningkatkan lagi perkembangan teknologi telekomunikasi negara.

Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata.

Selain daripada itu, terdapat juga Balai Cerap yang terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur untuk melihat anak bulan dan Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

Menarik dan unik Menara Alor Setar ini dan patutlah menjadi mercu tanda di negeri Kedah Darul Aman. -Kedahnews.com