"Semalaman Dari Orang Biasa Saya Jadi Suspek Sindiket Dadah!" - Mangsa Scam


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan melahirkan rasa terkejutnya dan percaya dia hampir mejadi mangsa sindiket penipuan atau scam atas talian yang menjadikan identitinya sebagai 'modus operandi' untuk melakukan penipuan oleh sebuah sindiket antarabanga.

Semuanya selepas pengadu menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya seorang pegawai polis berpangkat Koperal dari Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Selasa lalu..

“Saya terima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan dia seorang pegawai polis dan dia memaklumkan bahawa kereta yang saya sewa terlibat dalam dalam kejadian langgar lari di Pulau Pinang minggu lalu dan kini dikehendaki polis Pulau Pinang,” kata pengadu kepada Astro AWANI.

“Saya juga diminta untuk menghubungi seorang lagi pegawai berpangkat Inspektor di Pulau Pinang yang kemudiannya memaklumkan bahawa kereta sewa itu telah diletakkan di sebuah banglo yang menjadi tempat penyembunyian sindiket dadah dan saya dituduh terlibat sama.

"Semuanya dengan alasan kad ATM bank saya ditemui di dalam kereta terbabit, susulan itu juga tiga suspek telah ditahan dan saya diminta memberikan kerjasama," kata pengadu.

“Bagaimana mungkin saya boleh terlibat dengan kes ini sedangkan saya berada di Kuala Lumpur ketika itu? Dan bagaimana nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon saya boleh diketahui oleh pemanggil terbabit,” tambahnya.

Katanya, beliau tidak tahu bagaimana maklumat peribadinya boleh diperoleh individu berkenaan tetapi beliau mensyaki ia adalah sebahagian daripada sindiket penipuan internet yang semakin serius ketika ini.

Susulan itu pengadu telah membuat satu laporan polis bagi melindungi dirinya, dan hasil pemeriksaan dan seperti yang dijangka dia tidak tersenarai antara individu yang dikehendaki polis.

Statistik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 2016 menunjukkan 3,921 insiden penipuan dalam talian dilaporkan membabitkan pelbagai kes seperti curi data, skim penipuan, pembelian barangan dalam talian serta perbankan internet.

Jumlah itu adalah peningkatan kira-kira 20.4 peratus berbanding tahun 2015.

Sumber: Astro Awani