Sheeda Dangdut Mahu Berhijab, Niat Sampaikan Lagu Ketuhanan


Siapa sahaja yang tak mahu berubah ke arah yang lebih baik?

Penyanyi Sheeda Dangdut mengakui sememangnya mempunyai hasrat untuk berhijab namun akan melakukannya apabila sudah benar-benar bersedia. 

Dia berkata masih memerlukan masa untuk berhijab, malah memasang niat untuk beralih menyampaikan lagu ketuhanan. 

“Sejujurnya saya memang mempunyai niat untuk memakai hijab namun bukan dalam waktu terdekat kerana saya harus selesaikan beberapa urusan dunia sebelum menuju akhirat.

“Saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik buat saya dan segala apa yang dirancang akan dipermudahkan kelak.


“Insya Allah apabila sampai masanya saya tidak menolak untuk berhijab dan memilih menyanyikan lagu-lagu ketuhanan pula selepas ini.

“Saya sedar apa yang dilakukan sekarang ini hanyalah berlandaskan kehidupan di dunia, cuma apabila sudah berjanji saya harus tunaikan.

“Jika boleh saya ingin selesasaikan kesemua kontrak pada tahun ini sebelum memilih untuk berhijab,” ujarnya kepada Astro Gempak. 

Kepada para peminat, usah mengungkit atau pun menuding jari ya. Kita doakan agar kak Sheeda bakal melakukan hijrah suatu hari nanti.

Sumber: PRUtv14