Siasat Pelapah Kejam Tapir


Hulu Selangor - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menjejaki pihak melapah kulit serta memotong telinga, kaki kanan depan dan belalai tapir yang ditemui mati di Taman Desa Saujana, Batu 14, Hulu Langat, Rabu lalu.

Pengarah PERHILITAN Selangor Abd Rahim Othman berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu.

Beliau berkata, laporan polis juga dibuat di Balai Polis Kajang kelmarin berhubung kejadian itu dan ketika ini pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat terhadap tapir berkenaan.

“Kejadian ini sangat serius dan kita membuka fail kes ini untuk mencari siapa yang melakukan perbuatan itu,” katanya ditemui dalam program tanggungjawab sosial korporat Brahim’s SATS Food Services #Save The Animals - Love Fauna, Save Tapir di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, di sini, semalam.

Sumber: Metro