Sifatkan UMNO 'Gila' : Adakah Guan Eng 'Hina' Orang Melayu?


ALOR SETAR - Ketua Menteri Pulau Pinang terus 'menyerang'  orang Melayu dan bumiputera yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkannhya  sebagai 'gila' pada perhimpunan rakyat anjuran Pakatan Harapan di Kedah malam tadi.

Beliau tidak sedar kerana sokongan UMNO dan BN itu menyebabkan pengerusi  Pakatan Harapan yang sekarang menyokong DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Dr. Mahathir yang hadir pada majlis itu hanya mampu tersenyum di atas 'penghinaan'  Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP terhadap UMNO yang tentunya mewakili orang Melayu di negara ini.

Bukan sekali dua, beberapa  kali Guan Eng mengungkapkan perkatan  'gila' kepada UMNO dan BN yang mendapat tepukan dan ketawa orang Melayu dan Cina yang hadir pada program yang bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Guan Eng  juga menggunakan perkatakan jelik seperti  'celaka' di atas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Bagaimanapun Guan Eng menabur janji bahawa Bantuan Rakyat  1Malaysia  (BRIM) yang dianggap 'rasuah dan haram' oleh Dr. Mahathir, akan diteruskan jika Pakatan Harapan memerintah. 

Guan Eng tentunya amat takut jika golongan penerima BRIM tidak menyokong Pakatan Harapan pada PRU akan datang sekiranya bantuan itu dihapuskan oleh parti pembangkang kalau menang pilihan raya ini.
.
Dalam pada itu Guan Eng berkata pelaburan luar negara ke Pulau Pinang meningkat dan tiada kilang ditutup selain menumumkan Qatar Airways dari Timur tengah akan mengadakan penerbangan terus  ke Pulau Pinang.

Pengakuan Guan Eng itu membuktikan di bawa pentadbiran Najib bahawa pelabur masih terus memberikan keyakinan terhadap kerajaan yang ada  untuk datang menanam modal di negara ini termasuk Pulau Pinang.

Sebelum ini,  Dr. Maharthir dan pemimpin pembangkang mendakwa nama Malaysia semakin buruk di bawah pentadbiran Najib dan kemungkinan negara akan bankrap. - Kedahnews.com