Syed Saddiq Bakal Hadapi Saman Fitnah Bekas Naib Presiden PPBM?


'KERANA mulut badan binasa...' Ketua Pemuda Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mungkin berdepan tindakan saman di atas keberaniannya membuat pendedahan berhubung ada  pihak tertentu yang cuba memberikan sogokan kepadanya.

Bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya sebelum mengambil tindakan terhadap Syed Saddiq yang telah mengaitkan dirinya dalam pendedahan yang buat.

"Kalau dah ada bukti nak dedah-dedahlah, tapi tak perlulah nak buat tuduhan sewenang wenangnya dan menipu dengan meletakkan status kat FB macam ni.

“Lepas tu kaitkan nama saya untuk menampakkan saya juga telah dibeli, " kata Hamidah yang dimuat naik dalam faceboonya hari ini.

Hamidah yang yang meninggalkan PPBM pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad 16 September lalu bersama bekas Ketua Srikandi  PPBM Anina Saadudin kira-kira sebulan lalu berkata, beliau akan berunding dengan peguamnya untuk meminta nasihat dan pandangan sebelum membuat tindakan selanjutnya.

“Saya tidak menerima duit atau mahu masuk UMNO semula”, demikian kata Hamidah di dipetik daripada FMT.  Beliau menyifatkan tuduhan itu Ketua Armanda PPBM itu sebagai liar.

 Pada media yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, Syed Saddiq semalam turut mengaitkan nama Hamidah termasuk Anina Saadudin yang 'dibeli' oleh individu tertentu menerusi satu kumpulan yang diistilahkannya sebagai “rangkaian sistematik dedak”
.
Syed Saddiq mendakwa, rangkaian itu cuba mengumpannya dengan wang berjumlah RM5 juta yang akan digunakan untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti Oxford di London.

Malah beliau mendakwa, individu terbabit yang merupakan orang kanan kepada seorang pemimpin tertinggi negara turut menawarkan kepadanya geran-geran yang berjumlah jutaan ringgit untuk membuka sekolah debat di seluruh Malaysia.

Sementara itu ramai pemilik akaun Facebook turut mengutuk Syed Sadiq di atas pendedahnnya itu dan mendesaknyasupaya melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar ada usaha membuat sogokan.

Mereka juga menyifatkan sidang akhbar Ketua Armada PPBM itu sekadar untuk menunjukkan kesetiaannya kepada pemimpin tertinggi PPBM dengan harapan beliau dipilih sebagai calon PRU14.
- Kedahnews.com