Tanah Runtuh: Penang Front Party Buat Laporan Polis


PULAU PINANG - Penang Front Party (PFP) membuat laporan polis berhubung kebimbangan wujud salah guna kuasa dalam meluluskan projek perumahan awam di Tanjung Bungah di sini.

Presidennya, Datuk Patrick Ooi berkata, pihaknya mahu polis menyiasat mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang masih meneruskan projek berkenaan walaupun tidak disokong oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Berdasarkan pemerhatian , kita mendapati terdapat pelbagai keraguan melibatkan aspek pembinaan yang sekali gus mendatangkan bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib  Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, 11 pekerja maut selepas tanah runtuh menimbusi tapak projek berkenaan.

Sumber: Utusan Online