Tebang Pokok Takut Timpa Rumah, Tapi Malangnya....


KUALA KETIL - Sebatang pokok pelam tua tetap menghempap bumbung rumah tuannya hingga ranap biarpun keputusan menebang pokok berkenaan semalam kerana bimbang perkara tersebut berlaku.

Penduduk, Yahya Hashim,71, berkata, keputusan menebang pokok pelam tua itu ditebang kerana khuatir ia menimpa bumbung rumah jika berlaku angin ribut.

"Kita tebang sebab tak mau bagi pokok tu timpa bumbung rumah, tapi rupanya pokok tu timpa juga.

"Nak buat macam mana benda dah nak jadi," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Paya Menora, kelmarin.

Menurutnya, pokok berkenaan tumbang apabila tali diikat untuk ditarik penduduk ke bahagian lain selepas ditebang terputus.

Dalam pada itu, Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof segera tampil menziarahi keluarga berkenaan bagi memberikan bantuan makanan dan wang ringgit.

Sumber: Sinar Harian