Wanita Cemburu Buta, Risau Suami Kena Caras Tukang Jahit


SUDAH menjadi lumrah seorang wanita itu sinonim dengan perasaan cemburu atau orang putih cakap, ‘JEALOUS’.

Perasaan tersebut boleh timbul dalam pelbagai situasi seperti bercinta, rumah tangga, bekerja, mahupun berkawan.

Memang tidak disangkal, ada sahaja orang yang sememangnya jenis cemburu buta dan memang tak dapat dibendung.

Menerusi perkongsian yang diterima oleh Mynewshub ini agak melucukan apabila seorang wanita dilihat cemburu buta berikutan risau suaminya digoda oleh tukang jahit.

Berdasarkan screenshot perbualan menerusi aplikasi WhatsApp tersebut, wanita berkenaan dipercayai membuat tempahan dengan seorang tailor yang tidak didedahkan identitinya.

Kisah ini bermula apabila tailor tersebut meminta tempahan yang sudah siap itu segera diambil berikutan dia mempunyai urusan untuk pulang ke kampung.

Perkara tersebut disetujui dan wanita itu memaklumkan bahawa suaminya yang akan mengambil tempahan tersebut.

Selepas membuat pembayaran secara online, wanita itu meminta tailor berkenaan hanya meninggalkan tempahan itu diluar kedai sahaja.

Permintaan itu, secara tidak langsung menimbulkan rasa pelik kepada tukang jahit berkenaan.

Tetapi akhirnya…terbongkar rahsia di mana wanita itu risau kononnya si suami akan digoda oleh tailor tersebut.

Berikut adalah perkongsian yang melucukan berkenaan:

Korang baca pun kelakarkan? Kalau jeles sebab suami tengok perempuan lain sampai berpusing 360 darjah bolehlah terima.

Tapi kalau dengan tukang jahit baju pun nak jeles…hmm beragaklah…Jangan sangka semua anak dara nak caras laki orang ye…

 Sumber: Mynewshub