Wanita Pisau Cukur 'Buang' Kereta Mewah Kekasih Dalam Kolam Selepas Ditinggalkan


New York - Seorang wanita bertindak menolak kereta mewah milik bekas kekasihnya ke dalam kolam renang bagi membalas dendam selepas ditinggalkan lelaki itu.

Kristina Kuchma, 24, dilaporkan marah selepas kekasihnya yang juga seorang pelabur, Guy Gentile memutuskan hubungan mereka ketika bercuti di Bahamas baru-baru ini.

Gentile berkata, dia mengambil keputusan berpisah dengan Kristina selepas wanita itu meminta wang untuk memulakan perniagaan.

“Ketika bercuti Kristina memberitahu dia ingin menceburi bidang pengiklanan dan meminta saya AS$50,000 (RM211,199) untuk memulakan perniagaan.

“Saya berkata kepada dia, anda berjumpa lelaki yang salah,” katanya kepada akhbar The New York Post.

Menurutnya, Kristina yang berang terus menyimbah teh panas ke mukanya dan terus pergi.

Kata Gentile, beberapa hari kemudian dia menerima mesej melalui telefon daripada Kristina yang menuduhnya menipu.

“Dalam mesej itu Kristina memberitahu saya dia ada kejutan di belakang rumah.

“Apabila saya pergi ke belakang rumah saya terkejut melihat kereta berada di dalam kolam renang,” katanya.

Menurut The New York Post, kereta Mercedes Benz S400 milik lelaki itu berharga lebih AS$100,000 (RM422,399).

“Saya tinggalkan dia dan dia tinggalkan kereta saya di dalam ini,” katanya.

Sumber: Metro