SEPANJANG lima tahun berturut-turut AirlineRatings.com menamakan Air New Zealand sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia.
"Ini merupakan tahun kelima Air New Zealand dianugerahkan gelaran itu kerana pencapaian kewangan mereka yang hebat, inovasi dalam penerbangan, persekitaran kepimpinan, kru yang muda dan motivasi pekerjanya.
"Faktor ini menjadikan mereka sebagai peneraju trend dalam industri penerbangan," tulis Ketua Editor Dalaman AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas.
Berbeza dengan ulasan penerbangan lain yang hanya memberi fokus terhadap penilaian aspek untuk berdepan dengan pengguna, AirlineRAtings.com mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam membuat penilaian.
Untuk memilih penerbangan terbaik di dunia, laman ulasan keselamatan penerbangan dan produk dari Australia itu membariskan lapan editor veteran untuk membuat penilaian.
Mereka menggariskan 13 kriteria yang dikatakan sebagai denyut nadi setiap penerbangan.
Kriteria itu termasuklah penilaian produk, keselamatan, ulasan penumpang, usia penerbangan, keuntungan, kelas penerbangan yang disediakan, pencapaian dalam laporan persekitaran, isu pekerja, kemalangan, ciri inovasi dan harus berada dalam 50 senarai penerbangan teratas.
Berdasarkan kriteria itu, pasukan editorial telah memilih 10 penerbangan terbaik di dunia.
Berikut adalah senarai 10 penerbangan terbaik di dunia:
1. Air New Zealand: AirlineRatings.com meningkatkan kriteria penilaian dari sembilan kepada 13 aspek pada tahun ini. Namun, Air New Zealand masih lagi muncul juara.
2. Qantas: Penerbangan yang berada bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Alan Joyce ini terus melakukan transformasi dan menjadi buah hati pasaran stok dengan harga saham meningkat daripada AS$0.76 (RM3.21) kepada AS$4.88 (RM20.64) sejak enam tahun lalu. Ujar Thomas, penerbangan ini juga menjadi buah hati penumpang penerbangan kerana sentiasa mendapat ulasan tinggi.
3. Singapore Airlines: "Pertukaran kepada model pesawat A380C mungkin agak lewat untuk mereka memenangi anugerah tahun ini tetapi ia berkemungkinan dapat menjuarai senarai tahun berikutnya. Bagaimanapun, kami belum tahu lagi apa yang ditawarkan oleh mereka menerusi pesawat baharu ini.
4. Virgin Australia: Berkemungkinan ada yang akan mempertikai kenapa penerbangan ini berada pada kedududukan keempat. Namun, juri berpendapat, kru kabin mereka mempunyai kelas tersendiri dan produk yang ditawarkan menerusi penerbangan mereka juga sangat hebat.
5. Virgin Atlantic Airways: Satu lagi penerbangan milik Richard Branson. Sebagaimana Virgin Australia, penerbangan ini juga menawarkan produk yang komprehensif dan kru kabin yang bersungguh-sungguh memberi perkhidmatan terbaik buat penumpang mereka.
6. Etihad Airways: Walaupun Etihad Airways banyak menghadapi kerosakan pesawat pada tahun ini, prestasi mereka masih hebat. Produk yang ditawarkan menerusi penerbangan Etihad juga sangat menonjol.
7. All Nippon Airways (ANA): Satu lagi tahun yang membanggakan buat ANA dan operasi mereka juga bertambah baik. Wartawan penerbangan veteran turut berpendapat bahawa ANA akan menjadi pesaing utama dalam senarai teratas pada tahun hadapan.
8. Korean Air: Daripada penerbangan kelas bawahan pada tahun 2000, Korean Air merupakan antara pilihan pertama pada hari ini.
9. Cathay Pacific: Walaupun cathay Pacific terpaksa bersaing dengan penerbangan dari Hong Kong dan China, asas produk mereka yang cemerlang membolehkan penerbangan ini tersenarai dalam 10 penerbangan terbaik dunia tahun ini.
10. Japan Airlines: Penerbangan ini terus bangun dari kejatuhan ekonomi mereka pada 2010-2011. Kini, ia terus maju dan apa yang ditawarkan juga sangat menyerlah dalam dunia penerbangan.
Sumber: BusinessInsider