Akademi Badminton Lee Chong Wei Di Sungai Petani Belum Dibatalkan - Ahmad Bashah


ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini memberitahu bahawa kerajaan masih dalam perbincangan dengan pihak swasta untuk membina akademi badminton Lee Chong Wei di Sungai Petani.

"Kerajaan telah sediakan tanah seluas 50 ekar dan projek itu akan diteruskan dengan mengekalkan nama jaguh badminton dunia itu, " kata Ahmad Bashah.

Menurutunya, kerajaan belum menolakcadangan pihak swasta untuk membina akademi badminton itu tetapi kerajaan perlu membina Litar Lumba Rakyat terlebih dahulu kerana peruntukan RM30 juta telah diterima lebih awal daripada kerajaan Persekutuan.

Projek Litar Lumba itu yang dibina di atas tapak selua 50 ekar di Sungai Petani dijangka siap Mac tahun tahun depan, katanya.

Sementara itu Ahmad Bashah berkata, pembinaan membina kompleks sukan mini di daerah-daerah juga memerlukan peruntukan yang besar dan kelulusan Majlis Sukan Negara (MSN) dan kerajaan persekutuan.

" Kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk meluluskan sesuati projek kerana ia melibatkan impilkasi kewangan yang besar, " katanya menjawab pertanyaan tambahan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM- Ayer Hitam) di Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Amiruddin Omar berkata kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan pelan pembanguan kompleks sukan di Sungai Petani meliputi  sebuah stadium utama yang boleh memuat 15,000 penonton.

Katanya, pembangunan kompleks sukan ini di daerah Kuala Muda itu merupakan pembangunan bersepadu yang dirancang di kawasan koridor Sungai Petani - Bukit Selambau.

Beliau menjawab pertanyaan asal Ooi Tze Min (PKR- Bakar Arang) yang ingin tahu tentang rancangan kerajaan membina stadium di Sungai Petani.  - Kedahnews.com