Aktor Hamil Kekasih, Nama Idris, Zul Pun ‘Sangkut’?


SEJAK minggu lalu, industri hiburan tempatan digegarkan dengan pengakuan berani seorang wanita lingkungan usia 20-an yang kononnya telah dihamilkan oleh seorang pelakon lelaki popular.

Selepas berita itu tersebar luas di internet, pelbagai spekulasi mula timbul dan beberapa selebriti turut mendapat tempias dan tuduhan.

Antaranya pelakon yang bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan, Idris Khan dan juga hero drama Titian Cinta iaitu Zul Ariffin.


Bagaimanapun, Idris menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan tampil memberi kenyataan bagi membersihkan nama baiknya.

“Siapa tu? Saya pun nak tahu juga, rasanya kalau betul itu saya memang sudah tak jadi nak kahwinlah,” katanya memetik Media Hiburan.

Selain daripada Idris, pelakon kacak, Zul Ariffin turut tidak terlepas daripada dakwaan mengenai kes berkenaan.


Nama Zul mula ‘tersangkut’ apabila pelakon ini dilihat telah menutup akaun Instagram miliknya secara tiba-tiba.

Ekoran itu, pelbagai spekulasi mula ‘membiak’ seperti parasit tetapi pada pendapat kami dakwaan berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.

Hmmm…apa-apapun diharapkan orang ramai janganlah sesuka hati membuat andaian sendiri dalam media sosial dan tunggulah sehingga ‘pesalah’ sebenar ditangkap, okay?

Haaa..kepada ‘aktor’ berkenaan mohonlah tampil segera bagi menyelesaikan perkara ini. - Kedahnews.com