ALOR SETAR - Bajet Alternatif yang dibentangkan Pakatan Harapan disifat sebagai bajet sandiwara atau kelentong rakyat dan ia tidak realistik sama sekali untuk dilaksanakan di negara ini.
Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, sebaiknya Bajet 2018 yang dibentangkan kerajaan Jumaat lepas mempunyai visi tinggi untuk membawa Malaysia sebagai 20 negara terbaik dunia.
Menurutnya Perdana Menteri, kerajaan Barisan Nasional berpijak kepada realiti dan bukan bersandiwara seperti parti pembangkang.
Perdana menteri berkata Bajet 2018 itu dirangka dengan teliti untuk mencapai visi membentuk masa depan negara bagi tempoh 2020 hingga 2050 menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50) di samping bersifat inklusif dan adil kepada semua golongan rakyat.
"Berjam-jam kita mesyuarat untuk persediaan Bajet...bila kita buat (bajet) kita berpijak kepada realiti.
"Ini bukan bajet sandiwara, ini bukan bajet parti pembangkang...ini bajet kerajaan Barisan Nasional yang telah lama memerintah," kata Perdana Menteri.

“Kita (Barisan Nasional) tahu mentadbir dan ada kekuatan bukan seperti pembangkang yang bentangkan bajet sandiwara, kelentong (tipu).
Mereka kata nak mansuh tol lebuh raya sedangkan di utara dan selatan sahaja akan libatkan kos RM40 bilion mana nak dapat?
“Saya tidak boleh nak tadbir dengan menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal. Kalau kita janjikan sesuatu kita mesti tunaikan, saya sebagai Perdana Menteri harus tunaikan, " kata Najib.
“Kalau mansuh PTPTN pula akan libatkan RM40 bilion, mana mereka (pembangkang) nak dapat?” katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. Kira-kira 7,000 penjawat awam di Kedah hadir dalam majlis tersebut.
Sementara itu beliau menyeru para penjawat awam di peringkat negeri dan pusat bersatu hati bagi melaksanakan setiap dasar dan perancangan disediakan kerajaan.
“Inilah kerajaan kita, pegawai kerjaan mesti bersama-sama kerana apa yang dibentangkan penting untuk dilaksanakan,” katanya.
Bajet 2018 akan memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion yang menyaksikan pertambahan peruntukan, berbanding RM260.8 bilion pada peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.