Banjir Di Pulau Pinang Terburuk Dalam Tempoh 20 Tahun


AMPANG - Fenomena banjir yang melanda Pulau Pinang merupakan yang terburuk pernah berlaku sejak 20 tahun lalu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, secara teknikal dan profesional, banjir yang berlaku di Pulau Mutiara itu merupakan sesuatu diluar jangka.

"Hujan yang turun pada 4 dan 5 November lalu melebihi daripada taburan hujan biasa di negeri itu dalam tempoh 10 ke 20 tahun lalu.

"Disebabkan taburan hujan yang begitu banyak, mana-mana bandar pun akan dilanda banjir," katanya.

Wan Junaidi berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar khas selepas berhubung isu banjir yang melanda utara Semenanjung di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila banjir berlaku semasa keadaan air pasang tinggi menyebabkan pengaliran air hujan ke laut terganggu.


Ia secara tidak langsung menyebabkan air hujan bertakung di seluruh daerah dan kawasan Pulau Pinang.

Seramai 1.7 penduduk di Pulau Pinang terjejas apabila negeri berkenaan ditenggelami air mencecah hampir empat meter ekoran hujan berterusan lebih 15 jam bermula tengah hari kelmarin.

Sehingga pukul 8 malam tadi, seramai 6,000 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir yang dibuka di lima daerah

Sumber: Kosmo