Banjir: MOSTI Pelawa Pemimpin DAP Belajar "Amaran Kuning"


Pemimpin DAP terus menuding jari kepada kerajaan Pusat berkaitan banjir buruk yang berlaku di Pulau Pinang yang mengakibatkan sebahagian kawasan pulau itu lumpuh Ahad semalam dan lebih 5,000 penduduk dipindahkan. 

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai menuduh kejadian banjir berkenaan adalah disebabkan oleh kegagalan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  (MOSTI) memberi amaran awal tehadap penduduk Pulau Pinang, 

Bagaimanapun Kok Wai ditempelak semasa membangkitkan perkara itu di Sidang Dewan Rakyat hari ini kerana membuat tuduhan itu secara semberono.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah  menafikan perkara tersebut menjelaskan: 

“Saya percaya YB Cheras hanya tahu berkenaan banjir di Pulau Pinang apabila membaca berita di media sahaja.

“Pihak MOSTI telah memasukkan amaran cuaca buruk melalui hebahan televisyen iaitu amaran kuning bermula 1 November lagi. Saya pasti YB Cheras tidak menonton berita di televisyen, " kata Abu Bakar.

Abu Bakar berkata Kok Wai jelas tidak mengikuti perkembangan semasa kerana pihak MOSTI telah memberi amaran awal.

“Kalau YB tidak tahu yang dimaksudkan dengan amaran kuning, boleh belajar dengan saya,” sindir  Abu Bakar.

Dalam pada itu Abu Bakar berkata, pihak MOSTI turut memberi amaran cuaca buruk bertukar menjadi amaran jingga pada 4 November.

“Kalau YB tidak tahu, jangan cakap bukan – bukan,” tegas Abu Bakar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wakil DAP – Cheras pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.

MOSTI) memberitahu Dewan Rakyat bahawa maklumat dan amaran cuaca, gempa bumi dan tsunami sentiasa dikemaskini dan disebarkan kepada pelbagai agensi pengurusan bencana khususnya Agensi Pengurusan Bencana Nasiobal (NADMA).

Menurut Dr Abu Bakar sebagai contoh amaran hujan lebat peringkat kuning akan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kepada agensi – agensi pengurusan bencana dan media massa sekiranya pemantauan menunjukkan hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari lagi.

Manakala, bagi maklumat awal gempa bumi dan tsunami, ia akan disebarkan dalam tempoh lapan minit daripaa kejadian gempa bumi dikesan.

Jelas Abu Bakar, MetMalaysia adalah ahi dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Nasional dan berperanan untuk menyumbang kepakaran teknikal berkaitan cuaca dan gempa bumi negara.

Setakat ini banjir di Pulau Pinang telah meragut 8 nyawa dan kerajaan giat membantu termasuk mendapatkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak awal pagi semalam. - Kedahnews.com