SEORANG doktor tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa merogol salah seorang bayi kembar perempuannya berusia sembilan bulan.
Malah bayi malang itu turut dicekik sehingga mati.
Christopher Paul Conway, 22, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu selepas bayinya dikejarkan ke hospital dengan beberapa kesan kecederaan akibat diperkosa.
Polis dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 7.19 pagi Selasa lalu untuk membantu mengendalikan proses CPR kepada bayi tersebut.
Namun bayi itu dibawa ke Pusat Kesihatan Tennova sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi.
Polis percaya bayi itu diperkosa sebelum dicekik kerana terdapat kesan jerutan pada lehernya.
Conway mengaku merogol dan membunuh anak perempuannya itu.
Pasangan kembar bayi malang itu kini diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat.
Menurut laman Facebook Conway, lelaki itu mendakwa sudah berkahwin dan berkhidmat sebagai doktor bersama tentera AS.
Sekiranya didapati bersalah Conway boleh dikenakan hukuman mati.
Suspek akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 21 November ini.
Sumber – mStar Online