BENTONG - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan ditinggalkan di sebuah hentian bas di Lebu dekat sini awal pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Zainudin Abdul Hamid berkata, bayi berkenaan yang dibalut dengan kain pelikat ditemukan di hentian bas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi oleh orang awam.
“Bayi berkenaan dihantar ke Klinik Kesihatan Mempaga sebelum dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk pemantauan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Sumber: Utusan