KUALA LUMPUR - Bekas pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Allan Harris meninggal dunia pada usia 74 tahun, semalam.
Mendiang membimbing Harimau Malaya selama empat tahun bermula dari Disember 2000 hingga 2004 dengan menggantikan Abdul Rahman Ibrahim.
Antara kejayaannya ialah membantu Harimau Malaya menduduki tangga ketiga Piala AFF pada 2004.
Sebelum dilantik mengendalikan Malaysia, Harris hadir dengan reputasi besar selaku bekas penolong jurulatih kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan kelab Mesir, Al-Ahly.
Ketika bergelar pemain, Harris yang beraksi di posisi pertahanan pernah beraksi bersama CHELSEA, Coventry City, Queens Park Rangers, Plymouth Argyle, Cambridge United, Hayes, St Patrick's Athletic.
"Kelab bola sepak Chelsea sedih dengan pemergian Allan Harris, bekas pertahanan yang pernah beraksi lebih 100 kali bersama kelab ini pada tahun 1960-an," menurut kenyataan Chelsea menerusi laman sosial Twitter.
Sumber: BH Online