Beri Makan Percuma, PM Ucap Tahniah Pada Jamal


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan ‘persinggahan mengejut’ ke Restoran Gerakan NGO 1Malaysia milik Datuk Seri Jamal Yunus di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, awal petang semalam.

Restoran itu menjadi tumpuan ramai sejak dua bulan kebelakangan ini kerana menyediakan makan tengahari percuma kepada semua rakyat Malaysia di ibu kota.

Najib yang tiba jam 1 petang dibawa melihat keadaan sekeliling yang penuh sesak oleh Jamal.

Kagum dengan usaha murni Jamal itu, Najib berkata restoran itu sememangnya menjadi tempat tarikan baru kerana menyediakan makanan percuma yang selesa kepada warga kota.

“Tahniah Datuk Jamal, semoga program sukarelawan ini jadi terkenal dan diperluaskan lagi ke tempat lain,“ujarnya yang berada kira-kira 30 minit di restoran itu.

Keunikan restoran tersebut unik adalah ianya menerima tajaan barangan keprluan memasak  makan tengahari untuk 3000 warga kota.


Sumbangan yang disampaikan oleh pelbagai pihak itu berupa beras dan barangan lain yang kemudiannya diproses oleh pasukan sukarelawan Gerakan NGO 1 Malaysia untuk dijadikan santapan untuk seseiapa sahaja yang mahu menikmatinya.

Selain di Jalan Pahang, Datuk Jamal juga membuka restoran dengan konsep serupa di Sungai Besar,Selangor.- Kedahnews.com