Biar Pipi Dicium Wanita, Wak Doyok Teruk Dikecam Netizen


MEMILIKI 1.7 juta pengikut di laman Instagram, nama selebriti media sosial Wak Doyok tidak asing lagi dalam kalangan mereka yang meminati dunia fesyen.

Style bermisai lentik, berjambang tebal dan berjanggut tu dah jadi trademark bagi pemilik nama sebenar Tengku Muhammad Azwan Shah ini.

Seorang fashionista yang sering tampil dengan gaya maskulin British era 60-an, terutama sekali tang seluar ketat dan senteng itu menjadikan Wak semakin dikenali meskipun pada awalnya dia bukanlah terkenal sebagai seorang artis!

Kelmarin, Wak ada berkongsi beberapa keping gambar dan video di Instagram yang memaparkan dia sedang menyambut hari lahir bersama-sama seorang wanita cantik.


Wah…Wah…Memang cun habis! Ni baru betul bergetar rusuk kiri bak hang!

Tapi, hari ni kami bukan nak cerita mengenai aura pesona wanita cantik itu yang juga merupakan seorang model terkenal dari Indonesia.

Tapi…Kami nak cerita mengenai isu rakaman cium pipi antara Wak Doyok dengan wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Malika Askarova.

Menerusi salah satu posting berkenaan, pipi Wak Doyok telah dicium oleh wanita tersebut di hadapan beberapa rakan mereka. Waduh, bertuah betul pipi tu!- Kedahnews.com