Bila Masa Saya Berhenti Berlakon?- Jue Aziz


KUALA LUMPUR  - Jue yang lahir daripada program Malaysia’s Most Beautiful berkata, ramai produser dan penerbit drama terkejut apabila menonton drama baharunya yang ditayangkan baru-baru ini.

“Saya tak tahu siapa yang cuba tutup pintu rezeki sehinggakan saya tidak dapat tawaran berlakon. Apabila drama baharu saya ditayangkan, ramai rakan produksi menghubungi dan bagitahu ada pihak cakap saya sudah berhenti berlakon.

“Bila masa saya berhenti berlakon? Bidang ini adalah periuk nasi saya. Minat dan kerjaya saya. Saya takkan mudah menyerah kalah walaupun kehadiran ramai pelakon baharu.

“Saya tidak mahu menuduh sesiapa. Saya anggap ini asam garam dan dugaan hidup sebagai anak seni. Alhamdulillah, rezeki makin bertambah. Saya tetap bersyukur,” katanya yang kini sibuk berniaga.

Sumber: Utusan Online