Bolasepak Kedah Akan Diswastakan Selepas 2020?


ALOR SETAR - Kemungkinan pengurusan bolasepak Kedah akan menuju ke`arah penswastaan dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang tidak boleh dinafikan.

Perkara ini turut dibahas dan dibincangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mahu pun di pihak pembangkang.

Ini memandangkan peruntukkan yang besar perlu disalurkan oleh kerajaan negeri dalam membangunkan bolsepak negeri yang menelan RM27 juta tahun ini.

Mereka berpendapat adalah lebih baik peruntukkan itu dialihkan kepada pembangunan lain untuk kepentingan rakyat, tetapi dalam masa yang sama mahukan bolasepak Kedah berada di tempat teratas dan menjuarai banyak piala di samping mempersiapkan barisan pemain pelapis..

Usaha untuk menyerahkan tanggungjawab pengurusan bolasepak Kedah kepada swasta itu juga sedang difikirkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Tanpa menyebut secara langsung tentang rancangan penswstaan bolasepak Kedah itu, Ahmad Bashah semalam yang menyatakan bahawa pasukan Lang Merah sedang mengatur langkah untuk pergi lebih jauh.

Ini kerajaan negeri perlu mencari perbelanjaan besar untuk menguruskan sebuah pasukan yang mantap dan kekal bergelar juara .

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar turut bersetuju dengan pandangan Menteri Besar yang juga selaku Presiden KFA.

 " Kita pernah biincang tentang pensawataan bolasepak itu tapi belum membuat keputusan mukltamad. Kerajaan  sedang berusaha bagi merealisasikanya, mungkin selepas tahun 2020, " kata Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Beliau dan Sukan Negeri kepada wartawan di  sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
.
Bagi menuju ke arah itu, KFA memerlukan individu atau syarikat swasta yang bersedia menjadi penaja utama bagi  mengendalikan pasukan bolasepak Kedah, yang sudah tentu memerlukan kewangan besar, kata Aminuddin.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan juga perlu melihat berbagai sudut di segi baik dan buruknya terutama untuk mendapatkan pemain dan jurulatih terbaik dan mengekalkan sokongan peminat bolasepak.

Di segi kebaikannnya, kerajaan negeri tidak lagi mengambil tanggungjawab untuk menyediakan peruntukan atau suntikan kewangan yang besar kerana peruntukan itu boleh digunakan untuk manfaat rakyat, kata Aminuddin.

Katanya, implikasi lain pula jika ia diswstakan kemungkinan memberikan kesan kepada pemain di segi pembayaran gaji yang berpatutan dan kemungkinan  harga tiket akan lebih mahal yang tidak akan disenangi oleh para penyokong Lang Merah.

"Namun begitu kita akan rancang dengan elok agar ia menjadi realiti kerana bolasepak juga mampu menjana pendapatan tinggi dan menjadi satu bentuk bisnes yang menguntungkan pemain, " katanya. - Kedahnews.com