Bukit Keplu Ditawan Pendaki


ALOR SETAR - Sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Bukit Keplu dalam Program Mendaki Gua Kerbau dan Bukit Keplu 2017, semalam.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Kubang Pasu, Saifulnizam Mahmud berkata, program tersebut adalah usaha pihaknya untuk membantu mempromosikan Gua Kerbau sebagai destinasi pelancongan di daerah Kubang Pasu.

"Program julung kali ini mendapat kerjasama daripada Pengakap Daerah Kubang Pasu dan Majlis Daerah Kubang Pasu,

"Menariknya, pihak pengakap turut memasang 30 buaian atau lebih dikenali ‘hammock’ di sekitar gua bagi peserta bersantai selepas mendaki hampir satu jam," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, beliau amat berharap agensi yang berkaitan dapat menaik taraf kemudahan di tempat itu kerana Gua Kerbau mempunyai potensi yang besar sebagai lokasi pelancongan rekreasi di Kedah. - Kedahnews.com