SIAPA sangka bermula hanya sebagai pasangan pelakon dalam drama rantaian, Hero Seorang Cinderella, Nur Fazura kini sudah bergelar tunangan kepada aktor, Fattah Amin.
Pasangan ini berjaya merahsiakan pertunangan mereka dan mendedahkan perkhabaran gembira berkenaan sejurus pulang dari Tanah Suci pada 23 November lepas.
Susulan itu akhirnya, pasangan sama cantik sama padan ini dilihat telah berkongsi detik gembira mereka di laman Instagram masing-masing buat tatapan peminat.
“Teristimewa buat our beloved Love Warriors. Majlis pertunangan kami yang sederhana. Terima kasih di atas doa anda semua. Salam sayang dari kami Fattah & Fazura,” tulis mereka menerusi posting video berkenaan.
Perkongsian yang mendapat lebih daripada 6,000 tontonan itu dilihat menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata antara mereka begitu teruja melihat saat bahagia artis kesayangan mereka ini dengan meninggalkan komen positif pada posting berkenaan.
Pasangan selebriti popular ini telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang sederhana tapi penuh dengan kasih sayang pada 13 November lalu.
Majlis berkenaan berlangsung di kediaman keluarga pelakon wanita tersebut dan dihadiri oleh sanak saudara serta rakan terdekat pasangan itu.
Wahhh… Sungguh manis melihat pasangan ini di hari bahagia mereka. Ditambah pula dengan segaris senyuman ikhlas dibibir Fazura, menyerlahkan lagi kejelitaan anak jati kelahiran Pahang itu.
Hmmm… Cantik sangat! Benarlah kata orang, bidadari itu bukan hanya cerita dongeng semata tetapi rupanya ia wujud di alam nyata.
Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan menuju ke jalan kebaikan! - Kedahnews.com