Cawangan CIMB Pulau Pinang, Kedah Tetap Beroperasi


KUALA LUMPUR – Semua 27 cawangan CIMB Bank Bhd di Pulau Pinang dan 12 cawangan di Kedah akan beroperasi berdasarkan waktu perbankan biasa pada Isnin, 6 November  2017.

Dalam kenyataan hari ini, katanya semua terminal layan diri di cawangan tersebut turut beroperasi.

“Langkah telah diambil untuk memulihkan cawangan yang terjejas akibat banjir. Bagaimanapun, keadaan akan dipantau rapi dan perkembangan lanjut akan dikeluarkan, kerana keutamaan CIMB adalah keselamatan kakitangan cawangan kami dan pelanggan yang akan mengunjungi cawangan kami pada minggu akan datang,” menurut bank itu.

CIMB turut mengesahkan CIMB Clicks dan semua saluran digital beroperasi seperti biasa. - Bernama