SIAPA tidak kenal dengan figura kacak Bollywood dari India ini? Nama Shah Rukh Khan atau SRK sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat dunia khasnya peminat filem Hindi.
Meskipun sudah berstatus warga emas setelah berusia 52 tahun, SRK dilihat masih menjadi pujaan ramai peminat wanita kerana lakonan dan wajahnya yang tampan itu. Ha… Makin tua makin handsome gitewww…
Pasti ramai tertanya-tanya kan apa rahsia awet muda pelakon ini? Haa… Okay, tunggu apa lagi. Jom kita terjah! Memetik sebuah sumber, SRK menjelaskan bahawa cara penjagaan dirinya adalah sama seperti orang lain.
1. Minum air kosong.
SRK mengakui bahawa beliau menjalani rutin pemakanan dan penjagaan kesihatan secara konsisten dengan minum banyak air kosong paling kurang 2 atau 3 liter setiap hari.
Amalan tersebut dapat mengelakkan dehidrasi pada badan dan amat penting untuk mendapatkan kelembapan kulit. Tambahan lagi, pengambilan air yang cukup dalam badan dapat menjadikan kulit lebih sihat.
2. Makan buah-buahan.
Selain itu, perbanyakkan amalan makan buah-buahan. Haa, nak jadi kacak macam SRK, anda perlu lah buang semua snek yang tidak menyihatkan dan gantikannya dengan buah-buahan.
Buah-buahan adalah sangat bagus untuk kesihatan tubuh kerana ia terkandung pelbagai jenis vitamin. Selain itu, buah-buahan juga mempunyai antioksidan dan kaya dengan serat sekaligus boleh juga mencerahkan kulit.
3. Rajin membentuk otot.
Tak pernah nampak SRK gemuk kan? Haaa… Ini adalah kerana SRK begitu menitikberatkan tentang bentuk tubuhnya namun tidak sehingga mengamalkan diet ketat.
SRK hanya bersenam paling minimum pun sebanyak empat kali seminggu dan dia mengamalkan beberapa jenis latihan bagi mengekalkan bentuk ototnya.
4. Pastikan Makanan Seimbang.
Lepas bersukan, SRK akan amalkan pengambilan protein. Protein sebenarnya bukan hanya sekadar mengenyangkan malah banyak juga manfaat lain seperti membaiki otot bagi mengelakkan ia menggelebeh dan lebih kuat.
Bila dah kuat, barulah meningkatkan metabolisme pula. Jadi, dalam masa bina otot yang ‘ketaq-ketaq’ tu, badan juga akan terus mencari sumber bagi membakar lemak. Haaa… Baru lah boleh kurus dengan sihat.
Okay, itulah rahsianya. Daripada buang masa lepak berbual hal dunia, kan lagi bagus amalkan tip ni. Boleh kekal kacak macam SRK. Tak macam tu? - Kedahnews.com