KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jason Lo menegaskan beliau bukan ditahan kerana kesalahan membawa dadah di Lapangan Terbang Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut laporan Astro Awani, Jason mengatakan beliau ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap kerana membantu kawannya yang cuba meleraikan satu pergaduhan.
Kata Jason yang kini sudah berada di tanah air, kawannya dipukul dan Jason bersemuka dengan individu yang memukul kawannya.
"Rupa-rupanya individu itu adalah polis dalam penyamaran (undercover)," kata Jason dipetik laporan Malaysian Digest.
Tambah Jason lagi, beliau hampir dipenjara dua bulan akibat insiden tersebut.
Lebih mengecewakan beliau apabila khabar angin yang tersebar di tanah air mengatakan beliau ditahan akibat membawa dadah.
Melalui portal berita tempatan, insiden tersebut berlaku 18 September lalu.
Sumber: Sinar Online