Facebook Palsu - Dr Noor Hisham


PETALING JAYA - Sebuah akaun Facebook palsu dengan menggunakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diwujudkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Dr Noor Hisham pada Isnin tampil menjelaskan bahawa dia hanya mempunyai satu akaun Facebook dan satu Facebook Page yang sah.

Akaun Facebook peribadinya menggunakan nama Hisham Abdullah (https://www.facebook.com/drnoorhisham) manakala Facebook Page atas nama Noor Hisham Abdullah (https://www.facebook.com/DGHisham/).

"Akaun Facebook palsu 'Abdullah Hisham Noor' bukan milik saya. Saya telah membuat laporan kepada Facebook untuk menutup akaun tersebut," katanya.


Dr Noor Hisham berkata pemilik akaun palsu itu menghantar mesej peribadi bagi meminta wang kepada beberapa individu selain menghantar teks berbaur godaan kepada jururawat di bawah Kementerian Kesihatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab itu supaya membuat laporan polis dan menghantar aduan kepada Facebook.

"Tolong berhati-hati bahawa pada hari ini kita mempunyai pelbagai maklumat tetapi kita mesti mengetahui apa yang tepat dan apa yang palsu," katanya.

Sumber: Mstar Online