MAKANISME penetapan harga runcit minyak secara mingguan yang ditetapkan oleh kerajaan telah sedia diperkenalkan sejak 29 Mac lalu.
Melaluinya, kerajaan secara telus akan mengumumkan harga siling baharu bagi minyak petrol dan diesel pada setiap Rabu, sehingga ia berubah kepada minggu yang berikutnya.
Strategi yang dilaksanakan ini adalah sebagai langkah kerajaan untuk memastikan harga bahan bakar itu terkawal dan tidak melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.
Ia ternyata memberikan pengguna trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga siling bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.
Kini, diam tak diam sudah hampir lapan bulan kaedah itu dilaksanakan dan ia ternyata membuatkan senario ‘politik’ harga minyak di Malaysia menjadi kian berwarni-warni.
Bagaimanapun baru-baru ini, tersebar pula mesej palsu di laman laman sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya penetapan harga kadar mingguan minyak hanya membuatkan pengguna menerima kerugian.
Jom lihat mesej kandungan yang memaparkan ‘analisa kadar naik turun harga minyak’ itu di bawah.
Dalam mesej tersebut, ia mengatakan harga mingguan minyak sejak 13 Julai lalu hingga 2 November mengalami kenaikan sebanyak 13 kali dan hanya tiga kali kadar penurunan.
Kami tidak dapat memastikan pihak pembangkang dari puak mana yang cuba menabur fitnah namun persoalan yang bermain difikiran adalah mengapa analisa ini hanya dilakukan ‘separuh jalan’ ?
Oleh itu, kami dengan sukacitanya menyediakan analisa penuh kadar mingguan harga minyak yang telah diambil dari bulan pertama sehingga ke minggu ini, yang mana menyaksikan gambaran menyeluruh jumlah perubahan harga minyak dari minggu ke minggu.
Menerusi analisi serba lengkap ini, ia menunjukkan kadar harga minyak mengalami kenaikan mingguan sebanyak 18 kali, iaitu sebanyak 68 sen.
Manakala jumlah kadar penurunan mingguan pula menujukkan sebanyak 12 kali penuruan, iaitu sebanyak 74 sen dicatatkan.
Jika dicampur kedua-dua jumlah penurunan dan kenaikan ini, maka jumlah keseluruhan mencatatkan penurunan sebanyak 6 sen.
Jawapan kepada analisa lengkap ini sememangnya sangat berbeza dengan gambaran mesej palsu pihak pembangkang yang mengatakan kononnya kenaikan harga minyak telah mencecah sehingga 42 sen.
Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak memberikan gambaran yang lebih baik mengapa kerajaan mempraktikkan makanisme penetapan secara mingguan berbanding penetapan harga secara bulanan menggunakan kaedah pengapungan terkawal. - Kedahnews.com