Harimau Malaya Macam Sarkas: Hassan


KUALA LUMPUR - "Maaf cakap, pasukan kebangsaan sekarang dah macam sarkas. Cuma sarkas ini tak buat kita gelak, tapi buat kita marah lebih-lebih dengan persembahan yang diberikan. Jadi ketua persembahan itu kenalah buang, ganti dengan orang yang lebih baik."

Demikian metafora yang diberikan bekas penyerang lincah skuad kebangsaan, Hassan Sani apabila membandingkan skuad Harimau Malaya ketika ini umpama satu pentas sarkas yang gagal menggembirakan peminatnya berikutan persembahan hambar ahli sarkas.

Jelas legenda bola sepak negara itu, beliau hampir hilang kata-kata apabila melihat permainan mereka di Buriram, Thailand yang menyaksikan skuad kendalian Nelo Vingada tumbang sebanyak dua kali kepada Korea Utara dengan jaringan 1-4 dalam aksi Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019.

Apa yang lebih mengundang persoalan mengenai keputusan Vingada yang langsung tidak membariskan pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi kedua itu, sedangkan mereka adalah tonggak harapan untuk membantu pasukan memburu kemenangan.

"Macam sarkaslah... Saya tak percaya beliau (Vingada) tidak mahu turunkan pemain JDT kerana kita tahu kelompok pemain bintang tempatan semuanya ada di sana.

Sumber: BH Online