Hujan Berlebihan, Musang King Berkurangan


GUA MUSANG - Sebut sahaja mengenai durian sudah pasti peminat raja buah itu akan kecur air liur akan keenakan buah tersebut.

Malah, peminat raja buah itu sanggup menunggu musim dan berabis ratusan ringgit semata-mata mahu menikmati durian Musang King.

Bagi pengusaha durian Musang King di Kampung Pulai, Gua Musang di sini pula melahirkan rasa kecewa apabila hasil pengeluaran buah itu mengalami kemerosotan sehingga 90 peratus tahun ini.

Menurut Chong Lip Meng, kemerosatan itu disebabkan lebihan taburan hujan tahun ini hingga beliau gagal mememuhi permintaan tinggi di negara China.

"Durian Musang King di dusun saya hanya mengeluarkan hasil sebanyak 1,000 biji pada tahun ini berbanding 5,000 biji pada tahun lepas," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.

Lip Meng menambah, ekoran kemerosatan pengeluaran durian itu, beliau hanya dapat memenuhi pasaran tempatan dan Singapura sahaja.

Selain itu, kemerosatan pengeluaran Musang King memaksa beliau untuk menjual raja buah itu dengan harga yang agak tinggi.

"Bagi pasaran tempatan saya menjual sehinggan RM80 sekilogram manakala pasaran Singapura pula melebihi RM100 sekilogram.

"Saya kecewa sikit tidak dapat memasarkan pasaran Musang King ke China ekoran kemerosatan pengeluaran. Kalau pasaran ke China, harga boleh mencecah RM300 sekilogram," katanya.

Sumber: Astro Awani