Ibu Bapa Tiada Di Rumah, Ambil Peluang Liwat Adik


SELAIN daripada ayah, abang juga ditanggungjawabkan untuk menjaga adik-adik. Tapi bagaimana pula jika abang sendiri telah melakukan perbuatan terkutuk terhadap adiknya sendiri?

Sabtu lalu, seorang lelaki berusia 20 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai meliwat adik perempuannya yang baru berusia tujuh tahun.

Kejadian terkutuk itu dikatakan telah berlaku di sebuah rumah dekat Bota Kiri, Perak Tengah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima satu laporan daripada ibu mangsa.

Dia memaklumkan bahawa anak perempuannya mengadu suspek telah memasukkan kemaluan ke dalam duburnya.

Menurut keterangan mangsa, suspek telah memanggil mangsa untuk masuk ke dalam bilik air sebelum membuka seluarnya dan melakukan perbuatan jijik itu sebelum diketahui oleh bapa mereka.

Ibu mangsa dikatakan sedang keluar bekerja dan telah meninggalkan mangsa bersama dengan suspek di rumah tersebut.

“Kejadian itu diketahui selepas mangsa dipercayai menceritakan kepada seorang lagi adik perempuannya sebelum perbualan itu didengari ayah mereka.

“Mangsa kini berada dalam keadaan trauma dan tidak mahu bercakap manakala suspek sudah direman bermula Selasa lalu sehingga Isnin ini,” kata Zainal ketika dihubungi Harian Metro.

Tambahnya, siasatan lanjut masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. –Kedahnews.com