PERKAHWINAN gadis remaja dengan lelaki wargaemas di Indonesia bukanlah sesuatu yang pelik.
Di daerah terpencil dan miskin ramai gadis seawal usia 15 tahun sudah berkahwin atas faktor kesempitan ekonomi keluarga.
Namun yang menggemparkan ialah gadis-gadis remaja itu memilih suami yang boleh dipanggil datuk atau 'kakek'
Pernah seorang ustaz pemilik sebuah sekolah agama di Jawa Tengah menggemparkan Indonesia bernikah dengan anak muridnya berusia 13 tahun.
Isnin lepas, seorang datuk berusia 60 tahun dicemburui ramai pemuda di Indonesia selepas lelaki itu berkahwin dengan seorang remaja berusia 17 tahun, baru-baru ini.
Namun anak gadis itu memberitahun perkahwinan itu adalah atas dasar cinta kerana suaminya bukanlah orang kaya raya.
Badu yang berusia 60 tahun dilaporkan berkahwin dengan Ika Nurjanah dalam satu majlis ringkas di Baula, Kolaka di Sulawesi Tenggara, pada Isnin lalu.
Kisah perkahwinan pasangan berkenaan tular di media sosial selepas gambar mereka dimuat naik seorang wanita, Yuni Rusmini di laman Facebook kelmarin.
Ketua pejabat agama Kolaka, Abdul Aziz Baking mengesahkan pernikahan pasangan berkenaan yang berlangsung di pejabat itu.
“Pasangan ini berkahwin dengan mas kahwin berjumlah Rp300,000 (RM91),” katanya yang dipetik Bangka Pos.
Sementara itu, Yuni memberitahu, Badu jatuh hati dengan Ika selepas sering bertemu dengan remaja berkenaan.
“Badu kemudian mengambil keputusan bertemu keluarga Ika dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan remaja itu.
“Apa yang mengejutkan, keluarga Ika menerima lamaran Badu dan pasangan berkenaan kemudian berkahwin,” katanya. - Kedahnews.com.
.