Isteri Safiq Rahim Pilih Diam!


PETALING JAYA - Selepas dikritik netizen gara-gara mengeluarkan perkataan kesat dipercayai ditujukan kepada pengkritiknya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi iaitu isteri kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim bertindak memuat naik satu posting, dipercayai mempunyai kaitan dengan isu yang melibatkan suaminya itu.

Zandra dilihat seolah-olah mahu memberitahu pengkiritik suaminya bahawa dia tidak akan 'melayan' atau berhujah tentang isu itu apabila memuat naik gambar petikan hadis berserta tulisan yang mengingatkan umat Islam supaya menjauhi pertengkaran.

"Kata-kata, ungkapan yang indah," tulisnya pada kapsyen foto tersebut berserta hashtag #sabarituindah.

Zandra yang juga bekas pemain boling negara mengulang siar foto tersebut yang ditulis cucunda Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Raja Sarina Iskandar di Instagram miliknya.

Ayat-ayat tersebut berbunyi, 'Imam Shafi'i mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam pertengkaran dengan orang yang jahil, mengatakan ia hanya berfungsi merendahkan status mereka.'


Foto tersebut yang dimuat naik awal pagi Isnin mendapat lebih 500 'like'.

Safiq dikecam hebat netizen selepas mencarut melepaskan geram ketika meraikan kemenangan JDT ke atas Kedah pada aksi final Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Rakaman tersebut dirakam ketika dia sedang meraikan detik manis kejayaan JDT bersama rakan pasukannya dan menjadi tular di media sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit itu, Safiq berkata 'P***** kepada semua pengkritik, wa (saya) cakap sekarang'.

Tindakan tersebut turut diselar bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang menyifatkan Safiq berkelakuan kurang sopan apatah lagi ia dilakukan secara terbuka.

Sumber: Mstar Online