Isu PPBM Tak Ikut Perlembangaan, Wan Azizah Salahkan ROS?



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan sekutunya tidak perlu menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) jika parti pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu diharamkan.

Sebaliknya PPBM perlu akur dan segera memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang didapati melanggar Akta Pertubuhan.

Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata, parti itu bukan saja melanggar akta ROS tetapi perlembagaan PPBM sendiri.

Terdapat tiga perkara  yang PPBM langgar termasuk  perlembagaan parti itu sendiri, kata beliau.

Kalau isu yang dipertikakian itu tergantung, PPBM berpotensi  tidak boleh menyertai pilihanraya dan jalan terbaik ia selesaikannya segera, katanya memetik portal Antara Pos semalam. 

PPBM dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wn Azizah Wan Ismail tidak boleh membanding isu itu dengan masalah yang dihadapi oleh DAP dan semasa UMNO diharamkan pada tahun 1987.

Mesyuarat agung parti (AGM) yang sepatutnya diadakan selepas genap setahun penubuhannya.

Sehubungan itu Salawati turut mempersoalkan tempohkan masa yang diberikan  kepada PPBM untuk mengadakan AGM sebelum PRU14.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendedahkan akar umbi parti itu tidak kukuh antara sebab sebab tidak dapat mengadakan AGM.

Beberapa bahagi­an PPBM membuat laporan kepada ROS ekoran kegagalan kepe­mim­pinan parti itu mematuhi per­lembagaan, antaranya tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan di semua cawangan dan bahagian selepas setahun ditubuhkan.

Parti itu juga menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

Dalam pada itu Dr. Wan Azizizah menyifatkan masalah yang dihadapi PPBM adalah "soal kecil " dan percaya kepimpinan tertinggi PPBM mampu menyelesaikannya.

Bagaimanapun beliau berkata Pakatan Harapan bersedia dengan kemungkinan pendaftaran PPBM dibatalkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Wan Azizah yang juga ahli Permatang Pauh berkata perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.

"Tidak ada masalah...Jika ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) buat tindakan mengejut, Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam menanganinya. Sebelum ini pun, mereka (ROS) buat masalah dengan DAP, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Kuantan semalam. - Kedahnews.com