Jabatan Imigresen Temui Lagi RM1.45 Juta Dalam Operasi Banteras Pelacuran Di Sabah


KOTA KINABALU - Penahanan seorang lagi suspek wanita semalam oleh Jabatan Imigresen di Kota Kinabalu telah membawa kepada penemuan wang tunai sebanyak RM1.45 juta.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penemuan wang berkenaan merupakan tambahan kepada wang tunai lebih RM13 juta yang ditemukan dalam operasi membanteras pelacuran Jumaat lalu.

“Wanita berkenaan merupakan isteri kepada salah seorang suspek lelaki yang telah ditahan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Pada 25 November lalu, Jabatan Imigresen mengesahkan wang tunai lebih RM13 juta telah ditemukan dalam operasi membanteras kegiatan tidak bermoral di Kota Kinabalu selain menyelamatkan

seramai 17 wanita warga negara Filipina dan menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi dalang.

Sumber: Utusan Online