Jaga-Jaga… ASFA50 Bakal Cabar Musang King!


KE TEPI durian Musang King, nampaknya anda bakal bersaing dengan pendatang baharu: baka ‘Raja ASFA50’!

Durian baka baru ini diwartakan khas pada 17 Mei 2017 yang lalu oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid di Kangar, Perlis bersempena ulang tahun perkahwinan baginda yang ke-50 serta hari keputeraan baginda yang ke-74.


Nama AKSFA50 juga membawa maksud kepada ‘Anniversary Sirajuddin Fauziah of the 50th’.

ASFA50 mempunyai rasa yang cukup lengkap lemak dan manisnya dan sangat terkenal di peringkat antarabangsa.

Baka ASFA50 ini hanya memerlukan masa lebih kurang tiga tahun sahaja untuk mencapai tahap kematangaan berbanding Musang King yang sekurang-kurangnya memakan masa selama sembilan tahun.

“Buah ini hanya mencair di mulut anda dari gigitan pertama dan ia kurang gassy daripada jenis lain. Ia pasti akan menjadi impak bukan sahaja dengan rakyat China tetapi juga orang Eropah, ” kata Ferri Anugerah Makmur yang merupakan pengedar syarikat tunggal ASKA50 di pangkalannya dekat Ampang.

Selain itu, ASFA50 juga telah ditanam oleh sebuah syarikat yang merupakan milik Tuanku Syed Sirajuddin.


“Kami masih menjalankan R & D di plot 50ha di utara dan mengharapkan untuk menuai buah pada tahun 2020.

“Tingginya akan menjangkau hanya 5m dan lebar 2m apabila dewasa. Hasilnya adalah separuh berat pokok itu. Kita perlu menyatukan penyokong untuk menghentikan buah dari menyentuh tanah, ” tambahnya lagi dipetik daripada The Star Online.

Untuk pengetahuan, durian ASFA50 merupakan kacukan Musang King, Udang Merah, Durian Tembaga dan Black Thorn yang terkenal dengan rasa yang enak sekali.

Setakat ini, sebanyak 5,000 anak pokok telah berjaya dijual pada harga RM150 bagi satu pokok.


Antara pemilik yang bertuah untuk memiliki durian mahal itu ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, yang dikatakan telah menanam sebanyak 75 anak pokok di kediaman rumah mereka.

Bagi pengiraan harga, bermula daripada RM60 sekilo dan jika ada perminataan yang tinggi, syarikat berkenaan mungkin akan mempertimbangkan bagi menurunkan harga bagi memberi peluang untuk setiap orang menikmati kesedapan buah itu.

Pokok durian itu juga dikatakan mampu untuk berbuah sebanyak dua kali setahun.

Bagi cara penanaman komersial, ia dapat ditanam dalam jarak antara lima meter antara satu sama lain berbanding pokok durian biasa yang memerlukan jarak asebanyak 10-12 meter.

Manakala, kandungan gas dalam buah durian tersebut mengandungi 80% lebih rendah berbanding durian biasa.


Jadi, bagi anda yang berminat untuk menanam pokok durian ASFA50 itu, bolehlah menghubungi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis bagi mendapatkan anak pokok serta beberapa maklumat mengenai baka ini.

Selepas ini, negeri Perlis bukan sahaja terkenal dengan buah mangga harumanis, tetapi durian ASFA50 ini bakal menjadi kebanggaan negeri tersebut. - Kedahnews.com