Joki Australia Dihukum Akibat Tumbuk Kuda Lumba


SEORANG joki Australia dihukum gantung lesen selama dua minggu selepas menumbuk kudanya ketika haiwan itu “buat perangai” sebelum satu perlumbaan, kata pegawai rasmi hari ini.

Dylan Caboche, 22, semalam cuba untuk membawa kuda itu, She's Reneldasgirl ke garisan mula dalam perlumbaan di Port Lincoln, selatan Australia.

Apabila kuda itu enggan mengikut arahan, dia dipukul di bahagian perut, menurut gambar di televisyen.

Pemangku Thoroughbred Racing SA (TRSA) kemudian menjalankan siasatan dalaman dan menggantung lesen Caboche digantung dua minggu kerana salah laku.

“TRSA tidak akan biarkan tindakan seperti itu dan diharapkan hukuman itu, yang akan kekal dalam rekod penunggang, memberi pengajaran kepada yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Gabungan perlindungan kuda lumba berkata larangan dua minggu itu sangat tidak mencukupi.

“Anda tidak boleh sesuka hati tumbuk kuda dan terlepas daripada hukuman. Jika joki tidak boleh kawal kemarahan, mereka tidak layak berada di trek perlumbaan,” kata jurucakap gabungan itu, Ward Young.

“Padanlah lumba kuda kini tidak lagi digemari ramai kerana hukuman untuk penderaan haiwan terlalu ringan,” katanya.

Young berkata ini kali kedua dalam tempoh 10 minggu, insiden joki menumbuk kuda berlaku, selepas Brandon Stockdale didenda AS$383 pada Ogos lalu. 

Sumber: The Malaysian Insight