Jualan Ikan Murah Jamal: MBSA Datang Beri Amaran


SHAH ALAM - Kehadiran beberapa penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di kawasan lapang Dewan 24 Indah, Seksyen 24 sempena Program Jelajah Jualan Ikan Harga Murah sedikit mengejutkan orang ramai di sini, semalam.

Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, penguatkuasa berkenaan memberi amaran yang memaklumkan program ini mendapat tentangan dan aduan daripada wakil rakyat kawasan ini.


“Saya terkejut kerana sepanjang jelajah dalam tempoh tiga bulan ini tiada langsung halangan daripada mana-mana pihak namun, di Shah Alam berlaku sedemikian.

“Saya lihat program ini lebih kepada membantu masyarakat setempat untuk dapatkan ikan segar pada  harga yang cukup murah dan harga patut.

“Sepatutnya sebagai wakil rakyat, beliau harus menyokong program ini walaupun berbeza fahaman politik.

“Beliau yang patut turun ke sini dan bukan arahkan  pihak penguatkuasa untuk tutup dan halau kami daripada sini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sumber: Sinar Harian