Kedah Cungkil Bakat Muda Bola Sepak


ALOR SETAR - Kerajaan negeri telah bekerjasama dengan Persa­tuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mencari bakat muda dalam usaha mengembalikan ke­gemilangan bola sepak di negeri ini.

Oleh itu, kerajaan negeri mengambil inisia­tif baharu dengan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Kedah Darul Aman 2017 yang bakal bermula 17 November ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, penganjuran kejohanan itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan mutu sukan bola sepak di negeri ini me­lalui program pembangunan bersiste­matik, membabitkan penglibatan re­maja yang berpotensi dalam bidang tersebut.

“Selain mencari bakat muda untuk mewakili negeri ke Sukma yang bakal berlangsung di Perak pada September tahun depan, pe­nganjuran kejohanan ini juga pen­ting untuk kita menyediakan pemain pelapis bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah.

“Ini membolehkan kita melak­sanakan satu sistem pembangunan bola sepak secara komprehensif untuk mencapai keupayaan yang lebih tinggi,” katanya selepas majlis Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Kedah Darul Aman 2017 di sini semalam.


Tambah Ahmad Bashah yang juga Pre­siden KFA, penganjuran kejohanan ini memboleh­kan pemain-pemain muda yang berusia bawah 20 tahun tampil mengetengahkan bakat bola sepak yang dimiliki mereka.

Menurut beliau, objektif utama perlaksaan penganjuran ini adalah untuk meletakkan  pasukan bolasepak Negeri Kedah Darul Aman ditempat terbaik Malaysia dan Asia Tenggara dalam tempoh menjelang tahun 2020.

“Beberapa ahli panel yang pakar da­lam sukan bola sepak ini akan menilai sepanjang kejohanan yang diadakan secara liga, membabitkan 12 daerah. Kita akan memilih pemain yang berpotensi dan terbaik untuk mewakili Kedah dalam Sukma 2018.

“Ini juga membolehkan pemain-pemain daerah ini untuk bertanding di peringkat negeri, negara dan antarabangsa,” ujarnya.


Turut hadir sama dalam pelancaran tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan, Datuk Aminuddin Omar dan Pengarah MSN Kedah, Mohamad Rizal Mohamad Radzi.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri telah menganjurkan semula Sukan Kedah Darul Aman (Sukda) selepas terhenti selama 13 tahun bagi mencungkil bakat muda di negeri ini untuk menyertai Sukan Malaysia (Sukma) 2018. - Kedahnews.com