Kekasih Kantoi Dah Kahwin, Fara Mendoza Dibelasah


NAMA Fara Mendoza mungkin agak asing bagi sesetengah penggiat seni mahupun para peminat sendiri kerana sering mendapat watak sebagai pelakon pembantu sahaja.

Namun, tak lama dulu namanya mula naik selepas dikatakan menjadi punca satu scene di dalam drama bersiri Coffee Prince, arahan pengarah terkenal, Micheal Ang ‘bocor’.

Terbaharu, Norfaralinah Md Yunus atau Fara Mendoza didakwa telah dipukul oleh kekasihnya sendiri pada bulan lepas selepas rahsia perkahwinannya diketahui oleh pelakon itu.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Kuantan, Pahang selepas lelaki tersebut telah meminta Fara ke sana dengan alasan ingin memulangkan barang kepadanya.

“Selepas agak lama kami berhubungan, saya mendapat tahu dia sudah berkahwin dan mempunyai empat anak.

“Hati saya terluka dan mahu mengenakan dia (untuk membuktikan dirinya sudah berkahwin) bersama tiga wanita lain yang pernah ditipu individu sama,” katanaya dipetik daripada BH Online.


Tambah pelakon berusia 27 tahun itu, seorang wanita yang terbabit telah membocorkan rahsia ‘projek balas dendam’ Fara kepada lelaki tersebut.

Ini membuatkan lelaki tersebut mengamuk dan bertindak berkomplot untuk balas dendam dengan mengenakan balik pelakon drama Projek Memikat Suami itu.

“Tetapi, seorang daripada wanita terbabit membocorkan rahsia kami sehingga membuatkan dia bengang dan berkomplot dengan beberapa rakannya mengenakan saya pula.

Kononnya, mereka mahu bertemu dengan saya untuk memulangkan jaket.

“Tiba-tiba, apabila saya berjumpa dengan mereka, kekasih saya muncul dan mengasari serta memukul saya sampai lebam tangan. Dia juga turut tampar saya,” tambahnya lagi.


Semalam, Fara baru sahaja memuat naik satu gambar di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan wajah teman lelakinya itu. Namun tidak pasti yang mana satu pula merupakan lelaki tersebut.

Selepas kejadian, Fara dikatakan telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan dan Dang Wangi di ibu negara pagi tadi.

Setakat ini, hanya seorang daripada mereka sahaja berjaya direman, manakala teman lelakinya itu masih lagi terlepas.

Dalam masa yang sama, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi oleh pihak BH Online mengesahkan mengenai laporan daripada pelakon itu.

Fara Mendoza kini juga sedang menjalankan perniagaan kasut sneakers yang diberi nama ByFaraMendoza. Pelakon itu juga merupakan rakan baik kepada Janna Nick dan Emma Maembong. – Kedahnews.com