Kemenyan Bantu Kulit Putih, Bebas Jerawat


KUALA LUMPUR – Sejak sekian lama, membakar kemenyan cukup sinonim dengan kematian atau tujuan perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu.

Namun, mungkin ramai tidak tahu kemenyan sebenarnya memiliki pelbagai manfaat terutamanya dalam bidang kecantikan.

Bagi mempopularkan lagi kebaikan kemenyan itu, pengeluar produk makanan kesihatan dan kecantikan, Irma Ariandi Global Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menggunakan pati kemenyan dalam salah satu produknya, Miracle White Beauty Balm SPF35.

Menggunakan jenama Dr Irma, pemiliknya, Dr Irma Shida Abu Bakar berkata, beliau tidak takut menggunakan kemenyan dalam produknya walaupun terdapat pelbagai negatif bermain di minda masyarakat.

“Zaman dahulu, selain ia dibakar untuk menghalau nyamuk, kemenyan juga dikaitkan dengan mistik, pengamal perubatan dan ada yang mencampurkan dalam mandi bunga untuk menaikkan seri.

“Sebenarnya saya telah mengkaji kelebihan saintifiknya dan mengapa kemenyan digunakan terutama untuk menaikkan seri wajah.

“Hasil kajian yang dilakukan, kemenyan berfungsi dengan dua cara antaranya olkafri yang diperoleh daripada baunya yang menenangkan. Apabila minda kita tenang, tekanan akan berkurangan dan kulit lebih bermaya dan sihat.

“Pati kemenyan itu sendiri pula memiliki ciri-ciri antiseptik membuatkan ia menjadi penawar kepada masalah kulit seperti jerawat, gatal, gigitan nyamuk dan lain-lain. Masyarakat luar memang guna pati kemenyan untuk kecantikan cuma kita yang bakar kemenyan,” katanya kepada MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Dr Irma Shida menegaskan, bagi memastikan produknya dapat membantu mereka yang mengalami masalah jeragat dan mahukan kulit yang cantik, beliau mengambil masa setahun untuk menghasilkan produk Miracle White Beauty Balm SPF35.

“Syarikat sangat serius sebab itu kami menjalankan penyelidikan dengan menggunakan formulasi sendiri selama setahun. Pelbagai proses dilakukan bagi meyakinkan orang ramai.

“Selain guna pati kemenyan, produk ini juga mempunyai pati pudina dan asthaxantin, bahan aktif semula jadi yang turut membantu mengurangkan jeragat,” katanya.

Tambah Dr Irma Shida, antara masalah dihadapi ialah percubaan beliau untuk memasukkan bahan aktif semula jadi dengan kadar maksimum supaya kesan lebih cepat.

“Cabaran kami ialah kestabilan produk. Beberapa kali kami perlu ubah jumlah untuk panjangkan jangka hayat produk kerana saya inginkan Miracle White Beuaty Balm SPF35 menggunakan bahan pengawet dalam kadar paling minimum, tetapi mempunyai jangka hayat panjang.

“Selain itu, apabila guna pati, ekstrak dan essention oil, bekas kosmetik yang digunakan harus sesuai. Kemenyan kaya dengan boswellic acid yang membantu dalam perawatan kuno dan dulu digelar sebagai raja penawar,” katanya.

Dr Irma Shida berkata, boswellic acid juga membantu menjadikan jangka hayat produk tahan lebih lama tanpa menggunakan pengawet banyak.

“Pati kemenyan mempunyai kesan antiseptik, membantu menegangkan dan mencerahkan putih kemerah-merahan pada kulit. Pati kemenyan juga tutup pori-pori dan memudarkan jeragat,” katanya.

Menariknya, lelaki dan perempuan boleh menggunakan kemenyan untuk perawatan siang dan malam kerana tidak melekit.

Walaupun masih baru di pasaran, jualan produk tersebut memberangsangkan di samping 14 rangkaian produk di bawah jenama Dr Irma.

Beliau berkata, produk tersebut adalah di bawah kategori Miracle White yang menggunakan 100 peratus tumbuhan semula jadi dan mineral yang mempunyai pelbagai manfaat untuk membantu penggunanya. 

Sumber – MalaysiaGazette