Kena Sindir Dengan Netizen, Ini Respon Balas Uqasha…


NAMA pelakon cantik, Uqasha Senrose kini kembali menjadi tatapan serta topik hangat dalam kalangan netizen.

Hari demi hari, ada sahaja tingkah laku dan aktiviti pelakon ini yang boleh dijadikan sebagai ‘modal’ bercerita.

Tidak seperti adik-beradik yang lain iaitu Nelydia dan Ryasha, pelakon berusia 25 tahun ini dilihat lebih menjadi tumpuan sejak dia kembali freehair selepas tiga tahun bertudung.

Tindakan itu mendapat kecaman hebat daripada masyarakat yang rata-rata mendakwa pelakon ini dilihat seolah -olah masih belum matang dan mempersendakan agama.

Terbaharu, Uqasha sekali lagi jadi buah mulut apabila viral di laman sosial gambar aktres ini tampil berpakaian ‘jolok mata’ ketika menghadiri acara berprestij, Anugerah Skrin 2017 pada malam Jumaat.

Tidak berdiam diri, Uqasha menerusi salah satu posting di laman Instagram miliknya dilihat seakan-akan tidak mengambil kisah dengan apa tohmahan yang dilemparkan orang sekeliling.


Tidak mudah melatah dengan perkara sedemikian, Nik Zaris Uqasha Nik Sen yang mesra disapa dengan panggilan Uqasha berkata, terserah apa orang nak kata yang penting dia bahagia.

“Kata la nak kata apa pun GEMUK ke BURUK ke as long as I’m HAPPY!,” ujarnya menerusi posting berkenaan.

Berdasarkan tinjauan kami, posting yang mendapat lebih daripada 70,000 likes itu tidak menerima sebarang reaksi daripada netizen berikutan pelakon ini telah menutup ruangan komen di laman Instagram.

Hmmm… Kalau dah namanya artis dan dikenali ramai pula, pasti tak terlepas daripada kontroversi kan? Tak gitu? Sabar je lah ye…  - Kedahnews.com