Majlis Resepsi Juliana Evans Di Langkawi Ringkas Tapi Magical!


ALOR SETAR - Berlangsungnya satu majlis resepsi antara pelakon jelita, Juliana Evans bersama jejaka kacak pilihan hatinya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah yang begitu ringkas tetapi magical !

Pasangan yang telah diijabkabulkan pada 30 April lalu memilih majlis persandingan bertemakan Beach Wedding dan Langkawi, Kedah menjadi destinasi pilihan mereka.

Difahamkan bahawa majlis berkenaan diadakan khas bagi meraikan rakan-rakan dan kaum keluarga pasangan ini sahaja selepas enam bulan melayari bahtera perkahwinan.


Menerusi perkongsian gambar di Instagram pemilik nama sebenar Juliana Sophie Evans ini, wanita itu dilihat begitu anggun dan cantik apabila mengenakan sepasang busana berwarna putih.

Manakala suaminya pula kelihatan kacak dan bergaya menyarungkan persalinan sut rona hitam.

Majlis yang diraikan penuh meriah dan santai itu turut dilihat dihadiri oleh beberapa rakan selebriti  rapatnya seperti Tiz Zaqyah dan Liyana Jasmay serta para keluarga.


Pelakon berdarah kacukan ini telah selamat menjadi suri hati  Tengku Shariffuddin Shah dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Shah Alam.


Difahamkan, majlis berkenaan diadakan secara tertutup bagi menjaga privasi selain faktor protokol istana.


Cantik kan? Dengan dihiasi suasana pemandangan laut yang lawa, nampaknya majlis resepsi pasangan ini membuatkan banyak mata terkesima!- Kedahnews.com