MANGSA banjir di Pulau Pinang yang hilang pasport boleh mendapatkan semula pasport mereka secara percuma bermula esok.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tempoh itu diberikan sehingga 31 Disember ini.
“Bagaimanapun, mereka yang kehilangan pasport atau pasport rosak perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.
“Mereka perlu membuat laporan polis atau membawa pasport yang rosak ke pejabat Imigresen di Georgetown atau Seberang Jaya.
“Selain itu, mereka juga perlu memastikan pasport belum tamat tempoh,” katanya pada sidang media selepas program Walkabout Misi Cakna Kebajikan Pasca Banjir di Bayan Baru, hari ini.
Sumber: MyMetro