Mayat Dua Pelajar Hanyut Dibawa Arus Deras Ditemukan


KUALA LUMPUR - Dua pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Yarl (SMKTY) yang dikhuatiri lemas di bawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang Isnin lalu ditemukan meninggal dunia.

Kedua-dua mayat pelajar berkenaan ditemukan di kawasan tasik lombong berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, mayat mangsa, Mohammad Shafiq Akmal Amran, 13 dan rakannya Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, 13 ditemui di di kawadan pasir lombong berkenaan pagi ini.

“Jarak antara kedua-dua mayat adalah kira-kira 50 meter di mana mayat pertama ditemui pada pukul 7.40 pagi manakala mayat kedua pula dikesan pada pukul 8.03 pagi,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang isnin lalu, tiga sekawan dikatakan melintasi jambatan belakang sekolah berkenaan tetapi jatuh akibat arus deras dan salah seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan arus deras secara mendadak menyebabkan mereka dihanyutkan arus deras selepas terjatuh.

Sumber: Utusan Online