Menteri Tenaga, Sumber Galian Arab Saudi Kunjungi Perdana Menteri Di Alor Setar


ALOR SETAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang melawat negeri Kedah  hari ini turut menerima kunjungan hormat Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, Khalid Abdulaziz Al-Falih di sebuah hotel terkemuka di Alor Setar.

Khalid Abdulaziz  yang mengetuai satu delegasi Arab Saudi, tiba di hotel berkenaan pada 1.45 tengah hari dan disambut oleh Najib. Hadir sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Najib kemudian mengadakan mesyuarat dengan menteri berkenaan yang berlangsung kira-kira 30 minit.

Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada program lawatan rasmi sehari perdana menteri ke Kedah hari ini.

Menurut pegawai kepada perdana menteri, sebarang perkara penting yang dibincangkan dalam pertemuan dengan menteri Arab Saudi itu akan diumumkan oleh perdana menteri kemudian. - Kedahnews.com