Najib Ucap Selamat, Doakan Kejayaan Calon SPM


Perdana Menteri hari ini mendoakan kejayaaan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menduduki peperiksaaan itu esok (Isnin).

"Biasa ibu bapa yang lebih risau berbanding anak-anak yang nak jawab periksa SPM dan STPM esok! Selamat maju jaya semua, saya doakan yang terbaik, Insya-Allah, " kata Datuk Seri Najib Razak dalam Facebooknya.

Sejumlah 443,883 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung dari 6 November hingga 4 Disember ini.

Beikutan itu sebanyak 3,363 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan seramai 35,341 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Daripada 443,883 calon, sebanyak 87 peratus adalah calon dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Sementara  calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (1.9 peratus), calon sekolah menengah agama negeri (1.9 peratus), calon sekolah menengah agama rakyat (0.4 peratus), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (3.4 peratus) dan calon persendirian (5.4 peratus), kata pihak kementerian.- Kedahnews.com